Saya nak kongsi 4 nasihat dari Tuan Ramit Sethi, seorang pakar & penulis dalam bab pengurusan kewangan peribadi di Amerika Syarikat. Saya rumuskan 4 perkara tersebut dengan suasana Malaysia.
1. Bertindak adalah lebih penting dari menjadi pakar
Barangkali kita belum ada pengetahuan secukupnya dalam ilmu pengurusan kewangan. Tidak mengapa. Itu tidak menjadi masalah. Kita tidak perlu tunggu jadi pakar baru dapat menguruskan kewangan. Tak perlu ada satu plan yang lengkap baru mahu bermula. Tak semestinya dah tahu 100%.
Apa yang kita perlukan adalah memulakan langkah pertama. Take action. Jika tersalah sekalipun, ia adalah jauh lebih baik dari langsung tidak bergerak ke mana-mana.
2. Ia adalah OK jika terbuat salah
Selepas kita bertindak, sudah tentu kita ada tersalah langkah. Ia adalah sesuatu yang tidak perlu dimalukan. Rugi, tidak bermaksud gagal.
Solusinya adalah bertindak awal, ketika usia masih muda, dengan duit yang sedikit jika tersalah sekalipun, kita telah tahu cara untuk mengatasinya. Apabila duit dah menjadi lebih banyak nanti pada usia yang lebih matang kita telah tahu cara yang betul.
3. Orang biasa, buat perkara yang biasa-biasa
Pada 2011, secara purata di Malaysia, baki hutang kad kredit adalah RM 3,500 untuk satu kad. Kenapa kebanyakan orang di Malaysia mempunyai hutang terkumpul sebanyak itu untuk satu kad kredit?
Sebab orang biasa-biasa selepas swipe kad kredit, mereka tak terus bayar habis. Orang yang luar biasa, lepas pakai kad kredit, terus bayar sampai habis. Jadi mereka yang buat perkara luar biasa macam lepas pakai kad kredit terus bayar penuh, pasti tidak mempunyai hutang kad kredit. Berani untuk berbeza dari orang biasa-biasa.
4. Simbol vs harta
Tuan Ramit Sethi menggunakan istilah sexy vs rich.
Ya, ramai orang tertarik dengan perkara sexy, bling-bling, sesuatu yang menjadi simbol kemewahan sahaja seperti kereta, jam tangan mahal, kasut dan baju berjenama, rumah kediaman yang besar. Tapi itu adalah simbol sahaja dan bukannya kekayaan. Kekayaan yang sebenar dalam Islam adalah kekayaan itu dapat kita zakatkan. Simbol-simbol kemewahan hanya menghabiskan harta yang sebenar.
Biarlah kita nampak miskin di mata orang lain, dari berpura-pura jadi kaya dengan mempamerkan simbol-simbol kemewahan.

.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment