Ia telah pun bermula sejak hari pertama kita menjejakkan kaki ke kolej dan universiti.
1. Hutang pendidikan
Majoriti daripada kita perlu berhutang dengan PTPTN hanya untuk mendapatkan segulung diploma atau ijazah. Maka habis sahaja belajar kita telah pun menanggung hutang sehingga RM 50,000.
2. Hutang membeli kenderaan

Habis sahaja belajar kita pun mencari kerja. Alhamdulillah dapat kerja.
Selepas beberapa bulan bekerja, kita pun mula mencari kereta. Maklumlah, sudah mempunyai kerjaya. Mana boleh seorang pegawai pakai motor. Cari kereta pula tak main lah sekadar Proton dan Perodua. Maklumlah _______ (isi tempat kosong sendiri).
Akhirnya, ada hutang membeli kereta melebihi RM70,000.
3. Hutang kerana perkahwinanSemasa belajar, sudah menggatal mahu berpakwe-makwe.
Maka tak boleh tunggu lama-lama, lebih-lebih lagi jika pasangan sebaya. Sedangkan kita baru sahaja mahu memulakan hidup. Sedangkan perbelanjaan untuk membuat majlis perkahwinan pada hari ini amatlah besar. Kos majlis perkahwinan hari ini dapat mencecah RM 50,000. Hantaran sahaja dah lebih RM 10,000!
Campur urusan mahu berbulan madu di luar negara, akhirnya kedua-dua pasangan berhutang pembiayaan peribadi RM 100,000 bersamaan RM 50,000 kita dan pasangan baki lagi RM 50,000.
---
Aduh pening kepala.
Tak sampai 3 tahun bekerja sudah ada hutang nak dekat RM 200,000. Nanti bila isteri mahu bersalin, berhutang lagi sebab mahu bersalin di hospital swasta.
Ini belum campur hutang nak beli rumah. Nanti dah beli rumah ada kos lagi, kos renovasi rumah! Maklumlah rumah kan 'pelaburan' paling besar.
Kita tidak rasa bersalah membuat hutang banyak-banyak ketika usia masih muda. Kita rasa perbuatan ini normal sebab orang lain pun buat perkara yang sama. Jadi apa salahnya berhutang sebanyak itu, bukan?
Maka jadi lah kita dalam golongan yang normal, mempunyai hutang lebih dari sepatutnya. Manakala orang kurang normal pula, kerjanya mengumpul harta seawal mungkin dalam hidup dan kurang mengumpul hutang pada usia muda mereka.
,Anda mahu kumpul harta atau kumpul hutang?
Sila dapatkan tips & strategi untuk menguruskan hutang dengan bijak melalui Panduan CashFlow. S
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment